Sebagai
ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru
peringkat sekolah.
Sediakan
ucapan kamu itu selengkapnya.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada
Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan,
guru-guru, serta rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis sambutan Hari Guru
sekolah ini.
Hadirin
yang dimuliakan,
Seperti yang semua sedia maklum, Hari
Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini diadakan sebagai mengenang
jasa para guru mendidik kita sehingga berjaya dalam lapangan akademik dan
kokurikulum.
Guru-guru merupakan pengganti ibu bapa
di sekolah. guru-guru sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan tanpa jemu
kepada murid-muridnya. Hal ini kerana para guru ingin melihat kejayaan
murid-muridnya pada masa hadapan.
Oleh itu, sewajarnyalah guru dihagai.
Kami, murid-murid Sekolah Kebangssan Saint Rita, Sibu berazam untuk belajar
dengan tekun sebagai membalas jasa para guru. Kami akan memastikan pengorbanan
para guru tidak sia-sia.
Rakan
murid sekalian,
Selaku ketua murid sekolah ini, sayaq
berharap agar murid-murid semua sentiasa belajar bersungguh-sungguh,
meningkatkan disiplin diri serta menunjukkan ketekunan demi mencapai kejayaan
dalam pelajaran. Hal ini kerana kejayaan kita akan membanggakan guru-guru dan
mengharumkan nama sekolah kita.
Dalam kesempatan ini, saya menyusun
sepuluh jari memohon maaf kepada guru semua seandainya kami ada melakukan kesalahan,
sama ada dari segi tutur kata atau perbuatan. Akhir kata, saya mengucapkan
“Selamat Hari Guru”, semoga guru semua sentiasa beroleh kesejahteraan. Sekian,
terima kasih.
Nota Perhatian.
1. Murid haruslah memahami kehendak soalan.
2. Murid perlu merangka isi karangan terlebih dahulu
Cara merangka karangan jenis ucapan
1. Pendahuluan
- Kata-kata aluan
- Mengulang balik kehendak soalan.
- Ucapan terima kasih
-Tujuan berucap
2. Sediakan isi-isi karangan
- Sekurang-kurangnya terbitkan 3 isi karangan
- Isi haruslah berkaitan dengan kehendak soalah.
3. Penutup
- Harapan di dalam ucapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan