BAHASA MALAYSIA UPSR

KLINIK UPSR

5A di dalam tangan....

Cara-cara menjawab Kertas 2 Bahagian C

Cara-cara menjawab soalan Kertas 2 Bahagian C


Nilai dalam petikan (Nilai Tersurat)
Nilai tersirat
Contoh
(seperti)
Huraian
( yang )
Ayat penuh
1.




2.




3.




4.




5.





Terdapat lima nilai murni dalam petikan antaranya kita haruslah (nilai tersirat), seperti ( contoh ) yang ( huraian ).Kedua, kita juga perlu (nilai murni tersirat) , seperti  (contoh) yang (Huraian). Selain itu, kita juga perlu (nilai murni tersirat  , seperti (contoh) yang (huraian) . Nilai seterusnya, kita juga harus mengamalkan nilai (nilai tersirat) seperti (contoh) yang (Huraian). Terakhir kita seharusnya (nilai tersirat) seperti (contoh)  yang (huraian)

Contoh Petikan.

 

6.30 pagi                    Aku bangun awal dan terus mandi. Kemudian, aku    bersiap-siap dengan memakai baju    Melayu. Selepas itu, aku mencium tangan ayah dan ibu. Aku turut bersalam-salaman dengan abang dan kakak. Kami menjamu selera dengan hidangan ketupat, rendang dan lain-lain.

8.00 pagi                      Aku pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ayah dan abang. Di sana, aku berjumpa dengan Adi dan Shahrul. Kami bersalam-salaman. Kami berjanji untuk bersama-sama menyaksikan penyembelihan lembu korban.

10.00 pagi                     Aku dan rakan-rakan melihat penyembelihan dua ekor lembu korban. Inilah pengalaman aku yang pertama menyaksikan penyembelihan binatang korban. Daging tersebut dilapah dan diagih-agihkan kepada mereka yang patut menerimanya. Aku dan rakan-rakan turut membantu membahagi-bahagikan daging kepada orang ramai. Kami rasa cukup seronok.

2.30 petang                  Aku dan keluarga bersiap-siap untuk ke rumah datuk dan  nenek. Aku bertemu dengan anak saudara di situ. Nenek menyediakan makanan kegemaranku, iaitu lemang. Aku makan sehingga kekenyangan.

8.30 malam                   Kami pulang ke rumah. Aku berasa cukup letih. Kemudian, aku minum segelas susu panas. Selepas menggosok gigi, aku masuk tidur. Esok aku bercadang untuk beraya di rumah Adi pula.


Tiada ulasan: